Terima kasih kerana anda sudah mendaftar ke ONLINE TUTORIAL CLASS (OTC) 2026.
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar. Saya juga bersetuju dengan segala terma dan syarat yang di tetapkan oleh pihak 'PTTI Group Sdn Bhd' seperti berikut;
1. Segala pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan atau di tukar tujuan bayaran atas apa jua sebab dan alasan.
2. 'Peserta' iaitu pelajar yang mengikuti Program 'Online Tutorial Class' hendaklah komited untuk mengikuti semua kelas yang diadakan secara konsisten dan mengikuti semua arahan yang diberikan oleh guru/pelatih 'PTTI Group Sdn Bhd' bagi menjamin peningkatan keputusan dalam peperiksaan.
3. Program ini memerlukan bayaran bulanan yang perlu di buat pada atau sebelum 1 haribulan setiap permulaan bulan.
4. Larangan keras bagi Peserta untuk tidak merakam, mengedar, mengulang cetak, menerbitkan semula segala bahan (bahan pembelajaran, video, rakaman suara, nota dan modul) yang diberikan oleh PTTI kepada Peserta tanpa mendapat kebenaran pihak PTTI terlebih dahulu di atas Hak Cipta Terpelihara PTTI Group Sdn Bhd Terbitan 2025.
5. Pihak PTTI berhak mengubah segala terma dan syarat yang ditetapkan tanpa memberi makluman awal terhadap peserta.
6. Notis Perlindungan Data Peribadi. Dengan menyerahkan borang ini, saya memberi kebenaran kepada PTTI Group Sdn. Bhd. untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data peribadi saya yang diberikan di sini bagi tujuan komunikasi, pengurusan program, kemas kini promosi serta tujuan perniagaan lain yang sah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Saya faham bahawa data saya mungkin dikongsi dengan pihak ketiga yang berkaitan hanya apabila perlu bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.