NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Berkuatkuasa pada: 8 Jun 2025
Terakhir dikemaskini pada: 8 Jun 2025
PENGENALAN
PTTI GROUP SDN. BHD. mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana PTTI GROUP SDN. BHD. memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi iaitu nama, alamat rumah, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor pengenalan anda.
SUMBER PENGUMPULAN
Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:
- Borang pendaftaran kelas di laman sesawang rasmi syarikat www.ptti.my
- Borang pembelian melalui laman sesawang onpay.
- Dari aplikasi TikTok, Instagram, dan Facebook.
- Dari boring pendaftaran kelas pihak ketiga seperti typeform, google form, tally.so
TUJUAN PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi anda untuk:
- Memproses permohonan anda untuk membeli produk atau servis kami serta dokumentasi dan penerbitan.
- Menghantar produk kami kepada lokasi pilihan anda.
- Penyediaan sokongan pelanggan serta pengendalian pertanyaan dan aduan.
- Menghantar pemasaran dan promosi baru berkaitan program, seminar dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda (dengan persetujuan baharu)
- Penyediaan perkhidmatan pendidikan seperti pemantauan kehadiran, prestasi akademik dan rekod pembelajaran pelajar.
BAGAIMANA DIPROSES
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.
PENZAHIRAN
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
- Kakitangan PTTI yang diberi kuasa serta tenaga pengajar PTTI.
- Pihak kurier dilantik bagi menghantar produk yang dibeli oleh anda.
- Penyedia system dan platform teknologi yang dilantik.
- Pihak berkuasa untuk tujuan undang-undang (Juruaudit, penasihat professional dan perunding Syarikat).
===========================================
Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
Dengan menyerahkan borang ini, saya memberikan kebenaran kepada PTTI Group Sdn. Bhd. untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan dan memproses data peribadi yang diberikan bagi tujuan komunikasi, pendaftaran program, pengemaskinian promosi, serta tujuan perniagaan sah yang lain selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Saya memahami bahawa data peribadi saya boleh didedahkan kepada pihak ketiga yang berkaitan sekiranya perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan tersebut dan tertakluk pada undang-undang yang berkuat kuasa.
Terma dan Syarat
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan adalah benar dan tepat, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak benar. Saya juga bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh PTTI Group Sdn. Bhd. seperti yang berikut:
1. Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan atau ditukar atas apa-apa sebab.
2. Pihak PTTI Group Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah, meminda atau mengemaskinikan terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa makluman awal.
POLISI PERMOHONAN PEMULANGAN WANG / REFUND
Pelanggan perlu mengisi borang yang disediakan bagi memohon pemulangan wang.
Setiap permohonan akan melalui proses semakan dalaman oleh pihak Akaun, Kewangan dan Pengurusan PTTI GROUP SDN. BHD.
Tempoh semakan dan kelulusan adalah dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Sekiranya permohonan diluluskan, pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank pelanggan yang dinyatakan dalam borang permohonan. Jumlah keseluruhan proses pembayaran adalah tidak melebihi 14 hari kalendar dari tarikh notis pembatalan atau permohonan refund diterima, tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan dokumen yang lengkap.
Permohonan akan dinilai berdasarkan alasan yang dikemukakan serta dokumen atau bukti sokongan yang disertakan. Sebarang kelulusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara pihak pengurusan PTTI GROUP SDN. BHD. Pihak syarikat berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan berdasarkan hasil semakan yang dijalankan.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui WhatsApp dan e-mel, termasuk pecahan pengiraan refund, kaedah pembayaran dan makluman berkaitan hak eskalasi pelanggan, sekiranya berkenaan.
Pemohon dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat, lengkap dan benar bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam proses semakan.